Raja Roshidah`s Family -  - Fotopages.com
Sambutan Hari Raya di Green Heights
<description>Syukur alhamdulillah, berkat bantuan dan kerjasama seluruh warga Green Heights, kami berjaya mengadakan majlis hari terbuka dan jamuan hari raya di Green heights.  Pelbagai jamuan disediakan dan majlis berlangsung dari jam 12.30 tgh hingga jam 5 petang.  Saudara Amin dari Gyotoku merupakan tetamu yang paling akhir balik.
terima kasih kepada che lee yang menghantar gambar-gambar ini untuk kenangan semua</description>
Pengumuman
<description>Dengan ini memaklumkan bahawa kami telah berpindah ke.....
atoque2007.fotopages.com</description>
Selamat Hari Raya 2006
<description>Buat kali yang ketiga kalinya kami beraya di Embassy.  Walaupun hujan agak lebat dan jalan jam, kami berjaya juga sampai ke Embassy  tepat jam 9.00 pagi. Selepas makan dan beramah mesar dengan kenalan yang ramai di EMbassy, selepas sembahyang zuhur, kami teruskan perjalanan ke rumah Jasri.  
Sembahyang Tasbih dan Takbir Malam Hari Raya 2006
<description>Sempena hari Raya esok, kami berkumpul 4 kampung iaitu Green Heights, Haikamul Alta, Akimoto Building dan Welshan di rumah 204 dan 203 untuk sembahyang tasbih dan takbir hari raya.  Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sumbangan sama ada wang yen atau tenaga.  Semoga segala amalan yang kita lakukan disepanjang bulan ramadhan diberkati Allah dan diterimaNya. Amin.</description>
Onomachi Autumn Fiesta 2006
<description>Depan rumah, seberang jalan diadakan pameran Malaysia serta Flea Market.  Seronok betul sebab banyak barang barang yang murah disana.  Terima kasih kepada semua yang terlibat serta menjayakan pameran ini.  
Ketibaan Kohai Baru Batch Oktober 2006
<description>Hari ni kami di Green Heights menyambut ketibaan kohai baru datang seramai 5 keluarga ditempatkan di Green Heights dan 1 keluarga dan 2 bujang ditempatkan di Akimoto Building yang jaraknya hanya 50 meter dari Green Heights.
Terima kasih daun keladi kepada Che Lee yang sudi menjadi Jurugambar dan menghadiahkan gambar-gambar ini untuk kenangan.
Hari Sukan Sekolah Ogashiwa
<description>Tahun ni sukan sekolah Ogashiwa di adakan pada bulan puasa.  Kerana itu tidak banyak aksi genting yang hendak dilakukan oleh pelajar-pelajar malaysia sebagaimana yang terjadi pada tahun lepas.  Pelajar-pelajar Malaysia hanya mengambil bahagian dalam tarian sahaja.  Namun begitu suasananya tetap meriah seperti tahun lepas kecuali makan sahajalah yang tidak mengizinkan.</description>
Mama Membeli Belah di Nippori
<description>Mama nak cari kain buat pakaian Angah semasa hari raya nanti.  Jadi kami ke Nippori mencari bahan-bahan di kedai Tomato.  
Dari Ichikawaono ke Shim Matsudo dengan Musashino Line.  Dari Shim Matsudo ke Matsudo dengan Joban Line. Tukar Platform di Matsudo, naik Joban Line juga ke Nippori/Ueno. 
Wan Saiful, Norhaidi dan Mahil Berangkat ke Hiroshima
<description>Hari ini Wan Saiful, Mahil dan Norhaidi berangkat dengan kereta ke Hiroshima dan Kochi.  Perjalanan pastinya penuh menbacar kerana berjalan pada bulan puasa.  Segala kenangan manis masam pahit sepanjang kehidupan bersama di Green Heights akan kami kenang selamanya.  Kemaafan jua dipohon sekiranya ada keterlanjuran kata dan perbuatan sekiranya ada semasa di Green Heights.
Car Navigation System
<description>Sejak beli Portable Navigation ni dari Hard Off dengan harga 25,000 yen, kami rasankan pembelian ini amatlah berbaloi sekali memandangkan banyak tempat yang boleh dilawati dengan senang sekali.  Memandangkan Portable Navi ni tahun 2005, jadi banyaklah tempat yang ada dalam Navi system ni.  Perjalanan pun menjadi senang dan taklah kami tercari-cari macam tempat yang hendak dituju dan paling penting sekali tahu arah untuk balik semula ke rumah.   LOL 
Cara pengendaliannya juga mudah, hanya tekan nombor telefon dan kemudian arahkan ke tempat yang hendak dituju, kemudian setkan.  Itu sahaja.  Kami dah cuba untuk perjalanan di dalam Bandaraya Tokyo dan berjaya walaupun dalam satu dua situasi, navi jadi diam sebab tak boleh baca kerana banyak bangunan tinggi dan terowong. :-> 