Want your
own Fotopage?

















 
Raja Roshidah`s Family

By: ghizam japan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kyobashi Police Museum

tulis kanji...tak tahu tajuk dia
dipintu depan
along naik
View all 10 photos...
Hari ini jalan-jalan sekitar Tokyo station. kami ke Kyobashi Police Museum untuk melihat pameran barang-barang kepolisan. tetapi yang paling menarik hanya di tingkat bawah sekali yang mempamerkan motosikal dan kenderaan lain. Tingkat seterusnya hanyalah pakaian dan pangkat serta barangan polis yang tidaklah menarik hati kanak-kanak kecuali di Tingkat 4 yang ada mainan komputer.

Care to comment?


Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Takashimaya, Kashiwa

main kabuto mushi aje
mainan angah....100 yen juga
yang ini free aje
Pergi ke Takashimaya sekali lagi tapi di Kashiwa nak tengok sale Noritake. Kami pergi ke sana selepas maghrib. Walaubagaimanapun, tak ade yang berkenan di hati. Jadi kami jalan-jalan dan terus melekat di tingkat 6.....tempat permainan kanak-kanak.

Care to comment?


Friday, 6-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mama Beli Noritake Yang Pertama

angkat yang ini lah
yang kat sini aje sale...yang dalam harga biasa
orkid Ma Tok pun ada...harganya 50,400 yen
View all 6 photos...
Semalam mama pergi Takashimaya, Nihombashi untuk beli Noritake yang pertama. Nak pergi sampai ke tempat Yahya di Beppu sana jauh pulak, jadi beli disini aje lah walaupun harganya mahal sedikit. Tak payah kena tambang.

Cukup lah tu dulu ...nanti mari Beppu pulak cari siri Cik Norita. Fri 6-Jan-2006 09:35
Posted by:chendana  - [Link]
bila takashimaya sale lagi? Sat 7-Jan-2006 16:50
Posted by:dee  - [Link]
wow...shopping kat takashimaya tuuuu Sun 22-Jan-2006 02:02
Posted by:nani  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 5-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Lahir Angah Yang Ke-9

Selamat Hari Lahir Angah yang ke-9
tak buat parti..hanya beri hadiah
kemudian beli hadiah kat sini
View all 10 photos...
Hari ini merupakan hari lahir Angah yang ke-9. Seperti yang dijanji mama, hari ini kami akan ke 2nd Sreet di Funabashi Keibajo membeli hadiah hari lahir Angah dan kemudian makan di Saizeria. Kami bertolak jam 5 petang (malam?) menaiki keretapi ke Nishi Funabashi kemudian ambil Sobu Line ke Funabashi. Tukar keretapi lagi ke Funabashi Keisei untuk ke Funabashi Keibajo. Setelah kenyang dan Angah dapat hadiah yang diminatinya, kami bertolak balik dan menaiki Transit Bas ke Lalaport, Minami Funabashi. Perjalanan dengan bas percuma hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai. Kami balik melalui stesen Minami Funabashi terus ke Ichikawaono.


Otanjiobi omedetou....mama bagi gapo hadiah nya!
p/s:minta mama pos pulut kuning + merah skit....
Fri 6-Jan-2006 09:33
Posted by:chendana  - [Link]
Add comment


Sunday, 1-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Takeshita Sreet, Harajuku

depan Harajuku Station
lain kali kalau nak beli bra canggih kat sinilah
Sebenarnya ini merupakan perjalanan semalam. Semalam sementara menunggu Tokyo Millenia menyalakan lampunya, kamu pusing-pusing dengan Yamanote Line. Destinasi pertama ke Harajuku kemudian ke Ueno dan setelah itu ke Tokyo.

kenapa BRA kat situ canggih!? Wed 4-Jan-2006 12:13
Posted by:adiputra tukelana@yahoo.com  - [Link]
nak kirim bra bleh...??? Wed 4-Jan-2006 12:18
Posted by:eTon
Add comment


Saturday, 31-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tokyo Millenario

depan tokyo station
dapatlah juga bergambar walau dari jauh
berat tu adik syamel mama pikul
View all 9 photos...
Kami ke Tokyo Station menyaksikan Tokyo Millenario yang diadakan sejak 24 Disember 2005 hingga 1 Januari 2006. Walaupun cuaca sejuk dan orang pun banyak, kami gagah kan juga mengenangkan tidak ada lagi pintu gerbang bercahaya ini pada masa akan datang.

Care to comment?


Tuesday, 27-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Akihabara Transportation Museum

depan pintu masuk
kepala keretapi D51
nak tengok kepala keretapi steam
View all 28 photos...
Hari ini rasa nak keluar. Ke Transportation Museum yang terletak di Kanda tetapi dekat aje dengan Akihabara. Bayaran masuk adalah 310 yen untuk dewasa dan 150 yen untuk kanak-kanak atas 4 tahun. Museum yang menggabungkan pengangkutan keretapi, kapal, kenderaan, motosikal, basikal dan kapalterbang dibina pada tahun 1921.

Sekiranya berkunjung pada hari minggu dan cuti perayaan, akan dipersembahkan tayangan filem, hari-hari biasa tiada. Jangan pergi pada hari Isnin kerana ianya ditutup.

Quote:
Dari Nishi Funabashi ke Nihombashi melalui Tozai Line. Dari Nihombashi ke Kanda melalui Ginza Line.
keluar melalui Exit 6

Quote:
Dari [b]Nishi Funabashi terus ke Akihabara melalui Sobu Line.
keluar melalui exit Denkigai atau Electric Town


tak kan naik shinkasen mainan aje acik, ajak la ayah naik shinkasen betul... Sat 31-Dec-2005 17:05
Posted by:mama afrina  - [Link]
Add comment


Friday, 23-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tokyo Disney Sea

macam di negeri padang pasir
kat mana ni achik
tak takut pun
View all 18 photos...

raser nak pergih la plak sinih... Mon 16-Jan-2006 08:33
Posted by:baruang  - [Link]
Add comment


Thursday, 22-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tokyo Disney Sea

gambar wajib 1
gambar wajib 2
gambar wajib 3
View all 24 photos...
Hari ini along dengan angah pontengs ekolah sehari, Hari terakhir sekolah sebelum cuti musim dingin. Kami ke Tokyo Disney Sea. Oleh kerana belum cuti sekolah lagi, orang tak lah seberapa ramai. Bolehlah cover tempat dan main permainan beberapa kali.

Mula-mula masuk ke American Waterfront. Disini kami menaiki Big City Vehicles..kereta lama. kemudian naik Disney Sea Electric Railway..favorite syamel. Disini juga terdapat persembahan Boradway.....American dance...best....banyak seat..takyah lah nak beratur awal-awal kecuali nakkan seat yang depan..boleh nampak seluar dalam orang menari..

Dari American Waterfront ke Port Discovery menaiki Electric railway. Turun aje terus ke Aquatopia....achik naik 3 kali....sini syamel pun boleh naik sebab dia dah 3 tahun. Dari Aquatopia ke Storm Rider....wajib!!!!! best giler!!!!!!.

Kemudian jalan lagi ke Lost River Delta...lain kali ke Hangar Stage..tengok persembahan haiwan...kami tak sempat.

Dari situ ke Mermaid Lagoon. Tempat yang paling best sekali untuk budak-budak dimana banyak permainan, tempat makan pun selesa dan luas. Budak-budak ni suka sangat dengan Blowfish Baloon race, The Whirlpool, Ariel`s Playground, Flounder Flying Fish Coaster, jumping Jelly Fish dan Scuttle Scooters. Kemudian tengok persembahan Mermaid Lagoon Theater....best!!!!!

Dari situ ke Arabian Coast.....wajib pergi ke The Magic Lamp Theater....persembahan jin 3D.....best!!!!!. Selepas tu barulah kami naik Sinbad Seven Voyages dan Caravan Carousel...jangan takut..semua permainan tak mencabar.

Dari situ jalan lagi ke Mysterious Island...hari dah mula gelap.....ke 20,000 Leagues Under the Sea....naik Submarine tengok benda-benda dalam laut....best jugak..budak kecik pun boleh naik. Sini mama, along dengan Achik tak naik...takut....mana ada......

Secara keseluruhannya boleh dirumuskan Disney Sea boleh dikunjungi pada musim dingin sebab banyak permainan indoor. Tapi kalau nak ambik gambar amat terhad sebab satu banyak masuk persembahan yang tidak membenarkan ambil gambar, kedua waktu yang cepat gelap.

best nampak tempat ni, kami lom sampai, bila ntah nak gi ... Sat 7-Jan-2006 16:46
Posted by:dee  - [Link]
Add comment


Sunday, 11-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Open House Rumah TG

kat Kudanshita......Hanzomon Line
Sampai di Yoga Station
gambar dulu dengan bunga-bungaan di tepi jalan
View all 12 photos...
Hari ini TG mengadakan rumah terbuka di rumah barunya di Yoga. Kami bertolak dari rumah selepas sembahyang zohor dan sampai lebih kurang 1 jam kemudian. Selepas 2 jam di rumah TG dengan pelbagai makanan yang menyelerakan, kami ke Everyday Low Cost .......membeli belah sebelum pulang jam 8.

Terima kasih kepada TG sekeluarga yang sudi menjemput kami dan menyediakan masakan yang amat sedap. Lain kali jemput lagi....


Care to comment?


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.