Want your
own Fotopage?

















 
Raja Roshidah`s Family

By: ghizam japan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Mar-2006 22:07 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan Sekitar Kampung

singgah main dulu
Central Kamagaya Station
ada jalan Pear pula
View all 8 photos...
Hari ini kami berbasikal sekeliling kampung. Bermula dari Ichikawaono Station ke D2. Selepas itu, terus ke Route 57 ke Kashiwa...tak sampai pun Kashiwa untuk ke Kedai Recycle. Kemudian patah balik melalui Route 57 juga ke Central Kamagaya, masuk ke Route 464. Daripada Central Kamagaya melalui Route 59 ke Funabashi-Hoten dan terus balik melalui Olympie.

kaya la nko atok...sampai kamagaya naik basikal.....nko simpan duit nak beli shinkansen bawak balik ke....... Thu 9-Mar-2006 06:33
Posted by:babah yayan
Yot...aku ingat ... bukan stakat shinkanzen dia nak bawak balik nih... mau "marry go round" tu pun dia beli nanti... Fri 10-Mar-2006 03:50
Posted by:delnie
masuk stadium lumba kuda dapat tengok kuda tak? teringin nak mauk tu Sun 12-Mar-2006 13:58
Posted by:ruzd  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 4-Mar-2006 22:43 Email | Share | | Bookmark
Toys Kingdom, Tokyo Dome, Suidobashi

yokoso.....welcome
kena posing dulu
ini lah dia tempat main keretapi dan kereta
View all 22 photos...
Dah lama mama teringin nak pergi Tokyo Dome. Pagi ini kami ke Toys Kingdom bermain-main di sana selama 3 jam...bayarannya mahal jugak....1,000 yen untuk dewasa dan 700 yen untuk kanak-kanak. Dalam banyak-banyak permainan, hanya keretapi yang menjadi tarikan utama....banyak masa dihabiskan di situ.

Naik tak ...Dolphin Thunder.. (tak tahu ape nama dia) yg boleh buat kecut perut mcm dlm gambar. Ohh bestnya.... Kita org & Haidi nak pi esok (Ahad). Sat 11-Mar-2006 01:37
Posted by:Org Sebelah rsl_mzh98@yahoo.com
Add comment


Monday, 27-Feb-2006 22:33 Email | Share | | Bookmark
Bawa Minivan keliling Tokyo

encik kena tengok itu lampu isyarat
tolak 2 points...denda 9,000 yen...okay!!!
tah macam mana tak nampak..hehehehe
Hari ini menolong Azra mengambil barangan yang dibeli dengan seseorang di Shinagawa. Kenabawa minivan yang disewa dari Rental Car di Gyotoku. Mula-mula ke Shinagawa melalui jalan 357 dan masuk lebuhraya Metropolitan. Selepas simpang ke Shibuya, kami berhajat untuk keluar melalui exit yang satu lagi, namun terbabas sehingga ke Kawasaki. Kami patah balik dan masuk melalui exit Shibuya kemudian melalui jalan-jalan kecil ke Shinagawa.

Dari Shinagawa, ke Kedutaan Vietnam....untuk mengambil TV. Dari sana terus ke tempat penginapan Azra untuk mengambil barangan peribadi. Dalam perjalanan ke sana, satu kejadian yang penuh trajis berlaku. Syahdu.....

Selepas makan dan sembahyang....kami bertolak balik dengan penuh kesesatan untuk sampai ke Chiba. Sampai di rumah Azra di Gyotoku jam 10.00 malam. Dalam perjalanan balik dari penginapan Azra ke Gyotoku, kami round free sekitar Otemachi, Nihonbashi, Kyobashi, Omotesando, Kanda, Yoyogi, Sugamo, Shinjuku, Shibuya, Harajuku, Sendagaya, Akihabara, Ueno, Asakusa dan Ginza.


sou da ne...
jya .. kore kara.. ki wo tsukete ne..
Thu 2-Mar-2006 21:51
Posted by:delnie
ada gayalah cara kau terima saman tu..nampak cool aje..anyway peringatan utk aku yang akan drive ke Beppu nanti.. Mon 6-Mar-2006 01:26
Posted by:putra
Police ; Hiyaku Yen Dake....................
Atoque ; Honto ni?..................
Police ; Totemo Yasui desne.......
Thu 18-May-2006 13:16
Posted by:Saharuddin shrddn@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 21-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Malam Perpisahan Keluarga Bung

gambar kenangan sebelum ke Beppu
gambar anak-anak
esok, Bung dan keluarga akan bertolak dengan kapalterbang JAL ke Oita. Malam ini kami semua mengajak mereka makan malam dirumah.

Care to comment?


Saturday, 18-Feb-2006 21:52 Email | Share | | Bookmark
Tsurumakionsen, Kanagawa Prefecture

bertolak jam 7.36 di ichikawaono sampai jam 10.05
ahli rombongan
ke ladang oren mandarin dulu
View all 16 photos...
Bersama-sama dengan Sing Lee melawat rumah Professor Fujita yang mengajar Management and Technology semasa Fall Term. Rumah dia di Tsurumakionsen, Kanagawa Prefecture, 40 minit lagi perjalanan sampailah ke Hakone.

Mula-mula kami ke ladang Oren Mandarin untuk mengutip buah-buahan, kemudian ke rumah beliau untuk menikmati makan tengah hari. Juadah yang disediakan adalah Pizza sayur, Kek Strawberry serta Teh Buah Strawberry dan epal yang diimport dari Germany. Kemudian dalam perjalanan balik pergi menikmati onsen buat pertama kalinya. Segar rasanya kena onsen dan sauna. Dalam keretapi lena sekejap sehingga sampai ke Yoyogi-Uehara. Lain kali nak naik tren ni pergi Atsugi yang terletak beberapa stesen sebelum Tsurumakionsen. Ke Hakone pun boleh dengan tambang tak sampai 1,000 yen.

Perjalanan Pergi
Quote:
Dari Ichikawaono ke Nishi Funabashi dengan Musashino Line. Dari Nishi Funabashi ke Takadanobaba dengan Tozai Line. Dari Takadanobaba ke Shinjuku (130 yen)dengan Yamanote Line. Dari Shinjuku ke Tsurumakionsen dengan Odakyu Odawara Express Line (570 yen).

Perjalanan balik
Quote:
Dari Tsurumakionsen ke Yoyogi-Uehara dengan Odakyu Odawara Express Line (130 yen). Dari Yoyogi-Uehara ke Shim Matsudo dengan Chiyoda line/Joban Line. Dari Shim Matsudo ke Ichikawono dengan Musashino line (pakai kad lah).




atok, jgn lupa bawak balik semua note fujita........sepecially yg 5S & kaizen....amat berguna kemudian hari...... Tue 28-Feb-2006 15:09
Posted by:babah yayan
Add comment


Sunday, 5-Feb-2006 10:30 Email | Share | | Bookmark
30th Grand Sumo Tournament, Ryogoku

ini tiket yang paling murah sekali
selepas melepasi pintu masuk
dekat dengan gelanggang
View all 12 photos...
Bersama-sama dengan Jimi ke Ryogoku menyaksikan pertandingan sumo. Best la jugak sebab hari ini pertandingan kalah mati. Jumpa dengan Sakuma Sensei di sana, lama tak jumpa dia. Kami balik dalam pukul 5 petang sesudah melihat Asasyouryu menang dengan Kyokutenhou.


final dengan Hakuho...bukan kyokutenhou Mon 6-Feb-2006 06:59
Posted by:musashino
Achik..ajak la abah main sumo sekali... Mon 13-Feb-2006 13:40
Posted by:JohnDoeLee Jr
Add comment


Saturday, 4-Feb-2006 23:01 Email | Share | | Bookmark
Kodomo No Shiro, Omotesando

depan pintu..bayar masuk 500 yen dewasa, 400 yen budak
terus ke tingkat 5..main basikal
orang dewasa pun boleh cuba
View all 18 photos...
Lama dah nak pergi sebenarnya tapi tertangguh sebab hujan la, salji la, exam la, demam la...hari ni jadilah pergi ke tempat yang pokcik recommend kan.

Tak nak bawak balik M`sia ke basikal tu? Sun 5-Feb-2006 08:40
Posted by:John Doe Lee JR
Add comment


Sunday, 22-Jan-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
main salji

bawa baldi gitu
bukan nak kutip buah nashi
untuk tatapan agos
View all 7 photos...
tak puas dengan entry semalam. hari ini nak masuk lagi gambar main salji

Kesian bebudok tuuuu. Pakaian dah sesuai..... pi lah bawak pi Urasa tuuuuuuu. JPA dah kira semua tuuuuuuuuuuu. Pi jepun kalau tak pi Urasa macam makan laksa penang tak bubuh otak udang. Sat 4-Feb-2006 00:23
Posted by:agos  - [Link]
agos, atok tgh simpan duit nak beli kompressor mata kacang........dah beli kalu, baru dia pi jalan-jalan.......sugoi ne....... Sat 18-Feb-2006 02:54
Posted by:babah yayan  - [Link]
Add comment


Saturday, 21-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Salji Melanda Green Heights

rumah kami
belum mandi lagi ni
tak sejuk ke achik
View all 18 photos...
sekali lagi Green Heights dilanda salji. Kali ini lagi lebat dari tahun lepas. Bangun aje dari tidur, buka tingkap terus nampak snow. Apa lagi terus melompat along, angah dan achik. Lupa nak basuh muka. Mama pun lupa nak buat sarapan pagi. Terus capai baju, glove dan kasut terus keluar rumah.

Bila nak tunjukkan skill main ski? Sat 21-Jan-2006 05:52
Posted by:From Beppu with love
apasal mu tak amik gambar pakai baju raya......baru klasik...... Mon 23-Jan-2006 12:25
Posted by:babah yayan
Sugggggoi yuki.

Atoq, Aku ambik beberapa gambar utk fail kami especially yang ader pemandangan belakang rumah lama aku tuuuuuuuu. Kenangan mengusik jiwa. Lebat betul tahun ni yek. WBP tentu bebudok tu tak puas lagi sebab tak boleh main ski dan luncur bukit. Niigata punya trip bila lagi??????
Sat 4-Feb-2006 00:17
Posted by:agos  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan Jalan Sekitar Ginza

singgah di Takashimaya, Nihombashi
gambar lama
abah pun sama nak gambar lama ni
View all 12 photos...
semalam, kami jalan-jalan di sekitar Nihonbashi, Ginza dan Tokyo. Dalam perjalanan jumpa Bridgestone Museum, Kyobashi Police Museum dan terus ke Ginza untuk makan di Restoran Rasa.

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga.... Wed 11-Jan-2006 01:32
Posted by:chendana  - [Link]
Salam Aidiladha dari kami sekeluarga.... Wed 11-Jan-2006 01:32
Posted by:chendana  - [Link]
bergambar depan aper tue Tue 17-Jan-2006 01:21
Posted by:cik mie emi_701@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.