Want your
own Fotopage?

















 
Raja Roshidah`s Family

By: ghizam japan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Aug-2006 16:15 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan di Asakusa

depan Asakusabashi JR Station
tengok apa yang boleh dibeli dulu
kalau boleh nak beli semuanya
View all 6 photos...
Hari ni hajat dihati nak tengok hanabi taikai di Harumi Pier di Odaiba. Namun hajat tidak kesampaian apabila sampai aje di Ichikawa, hujan lebat berserta kilat sambar menyambar. Kami pun berubah haluan ke Asakusa.

Sesudah melawat Asakusa dan membeli buah tangan serba sedikit untuk bekalan masa pulang nanti, kami naik Waterbus yang terletak bersebelahan dengan AzumaBashi. Tambang seorang 760 yen dan kanak-kanak 380 yen untuk yang bersekolah sahaja. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari Asakusa ke Hinode Pier melintasi 13 buah jambatan.


Care to comment?


Saturday, 12-Aug-2006 10:30 Email | Share | | Bookmark
Pedang Samurai Jepun

inilah dia pedang samurai tu
posing dulu baru boleh main
tak tajam pun
Hari ini bersama Daud dan Che Lee ke Pejabat JPJ untuk tukar pendaftaran kereta. Bertolak dari rumah jam 7.40 pagi dan sampai ke Gyotoku jam 8.10 pagi, kami bertolak melalui Keiyo Road. Setelah membayar tol 200 yen, masuk ke exit Hanawa dan terus ke Route 296 ke arah Narita. Kami sampai di JPJ Narashino jam 9.40 pagi.

Setelah meletak kenderaan, kami terus ke kedai membuat pendaftaran. Upah 3,200 yen tapi semua dokumen dia dah siapkan. Setelah siap, terus kami ke bangunan bagi urusan pendaftaran di kaunter 2. Sekejap sahaja di sana untuk mendapatkan geran. Setelah mendapatkan geran kereta, kami ke bangunan sebelah untuk urusan lain pula di kaunter 6. Disini juga sekejap dan urusan pun selesai jam 10.30 pagi.

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke kedai recycle. Daud kata ada pedang jepun sepasang harga 9,975 yen siap dengan stand dia lagi. Terus beli. Dah ada dua pasang sekarang. Boleh lah bagi kat Ayah untuk simpanan sebagai ganti pisau gurkha beliau yang hilang.


Care to comment?


Thursday, 10-Aug-2006 16:40 Email | Share | | Bookmark
Makuhari Beach

airnya dah pasang
tapi mandi tetap mandi
ramai yang bermain benda canggih kat belakang tu
View all 7 photos...
Petang ni pergi lagi ke Makuhari Beach dengan Keluarga Che Lee. Lain kali kita ke Inage Beach yang terletak bersebelahan pantai dengan Makuhari Beach.


atoque..dah ada empat roda nie senang nak ke mana-mana..teragak nak keluar boleh je...seronok budak-budak main air musim panas ni Sat 12-Aug-2006 11:36
Posted by:Putra  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-Aug-2006 15:40 Email | Share | | Bookmark
Main Pool

sejuk ke achik, angah?
tak pe, janji hati senang
Musim panas sekarang ni sekolah pulak tutup pool sebab ada proses pembaikan secara besar-besaran. Jadi budak-budak tiada pilihan kecuali ke pool awam atau pool sendiri.


Mate, baguih idea mu ni. Kat rumah aku ni bil air fixed, takde hal punya. Tue 8-Aug-2006 08:50
Posted by:kw
wei.....kalau ayah dia mandi.....sure banjir rumah.....kata nak beli kompressor....tak merasa la aku nak naiknya......omedeto ne...tak sesia aku racun mu beli MPV......aeras pulak tu....kaya siutttttt...... Thu 10-Aug-2006 11:21
Posted by:babah yayan
Atoque...aku rasa gambar ni dalam kategori 18SX......cian kat budak kalau dah besar nanti Sun 13-Aug-2006 02:34
Posted by:Zalee Al-Johari radz70@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-Aug-2006 13:30 Email | Share | | Bookmark
Kereta Kebal Mainan

boleh duduk atas kereta kebal
kalau kena atas syemal boleh penyek
Kalau dah tak ade kerja, beli kereta kebal pulak. Selepas pergi City Hall, kami ke Second Street. Budak ni dah angkat Kereta Kebal ni. Harga pulak boleh tahan mahalnya 4,800 yen....aduhh!!!! kena lah beli sebab nanti ramai yang mogok


Care to comment?


Sunday, 6-Aug-2006 14:30 Email | Share | | Bookmark
Makuhari Beach

parking dulu, jauh dari pantai
apa lagi, lepas salin baju
yang ini suka main pasir lagi
View all 12 photos...
Hajat di hati nak melawat Inage kaikan nak main pantai di sana tapi ended up dengan pergi ke Makuhari Beach sebab tak tahu jalan. Kami lepak kat sana dan balik ikut Route 357. Sesak pulak. Lari Route 14 ke Funabashi. Memang sampai ke Funabashi Station. Sesat pulak tak tahu nak balik ke Ichikawaono. . Kemudian masuk Route 59/9, barulah jumpa Simpang Route 9 untuk sampai ke rumah. Yatta. Dalam perjalanan sempat lagi tengok Hanabi Taikai di Funabashi Hoten.


T/kasih bawa Nabilah. Dah lama tak mandi laut.. bestnya. Suasana yg menyegarkan. Mon 7-Aug-2006 17:14
Posted by:Li
Mate: Toyota Corolla GL, DAA 2766 aku tu dah jual. Ada lah juga harga walaupun setelag dilanyak dengan cukup hebat. 2 kali dicuri kaset player jenis Kenwood dan Pioneer. Walaupun begitu memang ianya sebuah kereta yang cukup hebat dan bertenaga. Mon 7-Aug-2006 21:55
Posted by:Atoque
navi masuk ayaq karrrrrr. Lain kali setkan navi siap-siap ichikawaoono eki dan save kan. Kalau sesat macam manapun senang nak tuju balik rumah. Tue 8-Aug-2006 00:32
Posted by:agos
View all 5 comments Add comment


Saturday, 5-Aug-2006 22:49 Email | Share | | Bookmark
BBQ dan Hanabi di Myoden

khemah baru wan saiful...bau kedai lagi
warga Takara khemah berhadapan dengan khemah kami
kayu api basah...macam mana nak makan ni
View all 6 photos...
Akhirnya perancangan yang telah diatur untuk menjayakan aktiviti bersama warga Green Heights berjaya juga diadakan. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program bersama ini dan telah memberikan sumbangan yang penuh bermakna. Bertolak dari pagi jam 10.00 untuk booking tempat dekat dengan bilik air supaya senang sikit. Kemudian setelah mendirikan khemah serta meninggalkan peralatan memasak, kami pulang dan datang kembali jam 4.00 petang. Suhu hari ini mencecah 35-36 darjah celcius.

Menjelang pukul 9.30 malam selepas hanabi taikai tamat jam 8.30 malam, kami bergegas pulang dan semua peralatan masuk dalam kenderaan penaja. Nasib baik muat semuanya termasuk membawa pulang passenger lagi seramai 13 orang.




mana gambar hanabi dan juga gambar da pakai yukata Sat 5-Aug-2006 23:14
Posted by:yangmazni  - [Link]
meriah..meriah... Sun 6-Aug-2006 04:26
Posted by:can mali can  - [Link]
terima kasih bebanyak penghulu & isteri ... serta kereta barunya yg banyak membantu walaupun baru beberapa hari ambik Sun 6-Aug-2006 09:57
Posted by:203
Add comment


Friday, 4-Aug-2006 13:30 Email | Share | | Bookmark
Shopping Lagi

boring tunggu mama shopping lama sangat
boleh muat lagi barang ni
mana lagi nak pi lepas ni
Lepas sembahyang jumaat, ke Joshin dan kedai sebelahnya untuk persiapan BBQ dan hanabi esok.

omedetou, dah dpt kuruma boleh shopping byk2, lepas ni gi camping pulak baru thrill dgn estima tu Tue 8-Aug-2006 10:09
Posted by:dee  - [Link]
Tahniah dah ada keta, lesen ada ... keta ade, bila nak convoy ke Beppu Sat 19-Aug-2006 00:43
Posted by:bung
Add comment


Friday, 4-Aug-2006 07:00 Email | Share | | Bookmark
Main Bot Dalam Rumah

semua muat dalam satu bot
macam pak guard
best syamel? kalau best nanti kita pergi laut dayung
View all 6 photos...
Tak de kerja hari ni. Jadi mainlah bot dalam rumah. Nak pergi ke pantai macam auntie mazni, pantai jauh.


syamel, ajok abah maghi sini lah ... ari2 boleh gi pantai, dekat jah ......... comei kaler boat tu, oren mata hitamku Fri 4-Aug-2006 01:06
Posted by:yangmazni  - [Link]
sah tuan kena jugak naik bot tu untuk ke beppu.... Fri 4-Aug-2006 13:49
Posted by:can mali can
Add comment


Thursday, 3-Aug-2006 16:00 Email | Share | | Bookmark
Test Drive ke Off House, Matsudo

kat depan Off House
beli banyak-banyak, abah tak marah pun
Petang selepas sembahyang asar, cuba memandu ke Off House Matsudo. Nnati kalau kohai tanya nanti, taklah mengelabah sama-sama cari jalan ke sana . Ini baru permulaan, nanti bolehlah jalan jauh sikit melintasi daerah-daerah lain di Tokyo ni.


Da, beli banyok2 da, oghe dah bawak tempat tu, .........pastu penuhkan bonet keter yang besar tu Fri 4-Aug-2006 01:05
Posted by:yangmazni  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.