|
|
| Sunday, 6-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd Street di Funabashi
|
 |
|
dah sampai depan kedai
|
|
 |
|
sibuk cari mainan yang hendak dibeli
|
|
 |
|
posing sebelum membeli belah
|
|
|
Selepas berhari raya di Welshan, kami ke 2nd Street, kedai menjual barang-barang terpakai dan recycle. Kalau naik tren, berhenti di stesen Keisei Funabashi-Keibajo. Tempatnya dah dekat dengan Funabashi Rail Station. Pelbagai barangan terdapat dan harganya lebih kompetitif daripada Off House.
| Quote: | | Dari Ichikawaono ke Nishi Funabashi dengan Musashino Line. Dari Nishi Funabashi ke Funabashi dengan Sobu Line. Dari Funabashi ke Funabashi-Keibajo dengan Keisei Line. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Welshan
|
|
Hari ini penduduk melayu welshan mengadakan sambutan hari raya. Untuk penduduk Green Heights, waktu yang telah ditetapkan adalah dari pukul 11 pagi hingga 2 petang. terima kasih kepada Suaidi yang sudi menyerahkan kenderaan beliau untuk mengangkut penduduk Green Heights ke Welshan. Maklumlah, penduduk Green Heights ni kebanyakannya tiada kereta.
Sambutan sangat meriah. Cuaca pun tidak lah sesejuk mana berbanding dengan tahun lepas.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Raya di Malaysian Embassy, Tokyo
|
|
|
Hari ini merupakan tahun kedua menyambut hari raya di Tokyo, Jepun. Bangun pagi pukul 5 pagi dan bertolak dari Ichikawaono Station pukul 7.02 pagi. Nasib baik hari ini cuti umum di Jepun, kalau tidak terpaksalah pergi seorang ke Embassy untuk beraya. Sampai di Shibuya Station pukul 8.09 pagi dan terus ke platform bas yang menuju ke Embassy. Hari ini kena bayar 100 yen seorang sebab cuti umum. Kami bersembahyang raya di embassy dan seterusnya menikmati makanan yang sangat enak. Selepas sembahyang zohor, kami bergerak ke kediaman pegawai kedutaan di meguro-ku. Kami balik semula ke Ichikawaono pukul 4.05 petang. Esok pergi kelas. Ada lecture Economics.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila Hati Dah Nak Ke Sekolah
|
|
|
Bersekolah di Jepun sangat menyeronokkan. Tidak pernah seorang pun kanak-kanak yang dihantar bersekolah di sini tidak mahu pergi ke sekolah. Walaupun pelajarannya 100% diajar dalam bahasa Jepun, tidak menjadi masalah kepada mereka.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Naik Rumah Baru...105, Green Heights
|
|
Mulai 1 Oktober 2005 yang lau, secara rasminya kami masuk rumah baru di tingkat bawah. Sewa rumah murahlah sikit dari 77,000 yen kepada 72,000 yen sebulan, tapi yang pentingnya keselamatan budak-budak bermain. Budak-budak sekarang bolehlah bermain dibawah dan kami tak lah risau sangat sebab tahu mereka bermain disitu.
Yang paling tidak dapat dilupakan semasa mengangkat barang dari rumah lama ke rumah baru tiada siapa pun yang menolong mengangkatnya. Maklumlah semua ke sekolah. Hanya kami saja lah yang mengangkat segala. Kecuali satu almari pakaian iaitu barang yang terakhir sekali keluar dari rumah lama.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sembahyang Terawih
|
 |
|
siapa nak jadi bilal ni..sapa makan kicap cap bilal plg byk
|
|
 |
|
posing dulu sebelum sembahyang
|
|
 |
|
selawat dulu
|
|
|
|
Atas inisiatif Putera yang menganjur dan mengimamkan sembahyang terawih di rumah beliau, dapatlah kami bersembahyang terawih secara berjemaah seminggu sekali.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kawan Achik dan Adik Syamel
|
 |
|
posing macam M shariff dulu
|
|
 |
|
bersama nadia...anak Jimi
|
|
 |
|
jelir dulu
|
|
|
|
Dengan kedatangan rakan-rakan baru pada 1 Oktober 2005 yang lalu bermakna achik dengan adik syamel dapat kawan baru menggantikan kawan-kawan yang balik Malaysia dan berpindah ke tempat lain.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Babah Yayan Balik Malaysia
|
 |
|
gaya sakan tu..maklumlah nak balik
|
|
 |
|
nak duit uncle.....uncle banyak duit
|
|
 |
|
nampak ikan ke angah
|
| | View all 6 photos... |
|
|
Seorang lagi Geng Jebat balik Malaysia selepas Agos. Selamat pulang dan kembali bertugas kepada loyot...sempai aku tu....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Waseda University Opening Ceremony
|
|
|
Hari pertama masuk Waseda University secara rasmi sebagai pelajar.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ogashiwa Elementary School Sport Day
|
|
Pertama kali melihat acara sukan sekolah. Tak sangka begitu hebat sekali penyertaan ibubapa. Booking tempat duduk untuk acara sukan nipun meriah. Kami kena beratur sejak jam 5 petang hari sebelumnya untuk tempah tempat yang paling best. Dapatlah tempat dicelah pokok belakang khemah para jemputan.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi datang ke sekolah. Acara sukan sekolah amat meriah. Hanya ada 2 pasukan, iaitu Pasukan Merah dan Pasukan Putih. Acara mengikut tahun pengajian dan bercampur lelaki dan perempuan. Tiada acara khusus untuk perempuan dan lelaki. Semuanya sama. Dan yang paling menarik orang kurang upaya pun tidak ketinggalan mengambil bahagian. Kemenangan bukanlah matlamat tetapi penyertaan yang lebih memberi makna.
Acara yang melibatkan ibubapa juga tidak ketinggalan dan amat menarik sekiranya sukan sekolah ditempat kita dapat meniru acara seperti ini...amat menarik dan seronok.
|
|
|
|