Want your
own Fotopage?

















 
Raja Roshidah`s Family

By: ghizam japan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 4-Nov-2006 22:03 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Hari Raya di Green Heights

makan....jangan tak makan
raya yang terakhir di Jepun
nasib baik lauk pauk nya cukup kali ini
budak-budak pun happy
Daud dengan kereta pancitnya
cuaca hujan sikit aje...tu pun kejap
dengan Amanda, anak Che Lee
kenyang...semua masakan sedap
tahun depan orang lain urus pulak
Syukur alhamdulillah, berkat bantuan dan kerjasama seluruh warga Green Heights, kami berjaya mengadakan majlis hari terbuka dan jamuan hari raya di Green heights. Pelbagai jamuan disediakan dan majlis berlangsung dari jam 12.30 tgh hingga jam 5 petang. Saudara Amin dari Gyotoku merupakan tetamu yang paling akhir balik.

Quote:
terima kasih kepada che lee yang menghantar gambar-gambar ini untuk kenangan semua

woit, download la gambar baru.....pemalas betul......bukan ada kelas dah pun.....suruh achik ja la buat.....ha, ha, ha... Fri 12-Jan-2007 04:47
Posted by:babah yayan  - [Link]
lamanyee sambut raye Thu 15-Feb-2007 13:56
Posted by:me  - [Link]
Cantik-2 gambar


more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Tue 21-Aug-2007 07:42
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
View all 8 comments Add comment


Monday, 30-Oct-2006 02:44 Email | Share | | Bookmark
Pengumuman

Dengan ini memaklumkan bahawa kami telah berpindah ke.....


atoque2007.fotopages.com

bakpo tok leh akses pun .... dia dok tubik hok samo jah Thu 2-Nov-2006 08:58
Posted by:yangmazni  - [Link]
betul tu dr mazni.......kawe setuju.....meme tubik hok tu jugak......mende la lu atok, buang karen betul laa.... Tue 7-Nov-2006 01:50
Posted by:babah yayan
Add comment


Tuesday, 24-Oct-2006 23:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya 2006

tak ramai disini sebab Duta buka rumah dia untuk orang masuk
kenangan di embassy
selamat Hari Raya Syamel
View all 7 photos...
Buat kali yang ketiga kalinya kami beraya di Embassy. Walaupun hujan agak lebat dan jalan jam, kami berjaya juga sampai ke Embassy tepat jam 9.00 pagi. Selepas makan dan beramah mesar dengan kenalan yang ramai di EMbassy, selepas sembahyang zuhur, kami teruskan perjalanan ke rumah Jasri.


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat Achik sekeluarga di Chiba. Sun 29-Oct-2006 19:45
Posted by:Nuh@駅前町  - [Link]
Berbaju merah nampak bergaya,
Dipakai oleh Atoque sekeluarga,
Diucapkan SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR BATIN dipinta juga.
Mon 30-Oct-2006 08:09
Posted by:M&R Ishigaki
MasyAllah.. Besar doh along . supo ore tuo doh... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ayah Die , Umi Jan, Muhammad Mon 30-Oct-2006 20:38
Posted by:ayah die  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 23-Oct-2006 19:00 Email | Share | | Bookmark
Sembahyang Tasbih dan Takbir Malam Hari Raya 2006

semua tak nak jadi Imam, itu sebab tunduk
nasib baik ada Imam Husaini
ambil gambar ramai yang pandai
View all 6 photos...
Sempena hari Raya esok, kami berkumpul 4 kampung iaitu Green Heights, Haikamul Alta, Akimoto Building dan Welshan di rumah 204 dan 203 untuk sembahyang tasbih dan takbir hari raya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sumbangan sama ada wang yen atau tenaga. Semoga segala amalan yang kita lakukan disepanjang bulan ramadhan diberkati Allah dan diterimaNya. Amin.

Selamat hari raya Aidilfitri 1427 H...maaf zahir & batin dr. kami sekeluarga...waalupun dah terlewat!
p/s:sapa yg minat lagi hindustan ni...
Mon 30-Oct-2006 07:56
Posted by:org Beppu  - [Link]
Sapo jadi tok seh takbir Raya tu..? Mon 30-Oct-2006 20:29
Posted by:ayah die  - [Link]
Ehehehe tunduk dis... malu tu Mon 30-Oct-2006 20:31
Posted by:ayah die  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 22-Oct-2006 12:51 Email | Share | | Bookmark
Onomachi Autumn Fiesta 2006

mama sebelum hilang membeli barang
Nurin terlalu cantik sehingga semua orang segan nak gambar sama
Irwanie main Congkak dengan pengunjung
View all 6 photos...
Depan rumah, seberang jalan diadakan pameran Malaysia serta Flea Market. Seronok betul sebab banyak barang barang yang murah disana. Terima kasih kepada semua yang terlibat serta menjayakan pameran ini.



la...kenapa tak buat sebelum nie, kalu tahu tak jadi lak pindah ke Hiroshima.. Wed 25-Oct-2006 03:04
Posted by:Wan`s
Hidup Malaysia!!! Wed 25-Oct-2006 13:55
Posted by:dee  - [Link]
Hai... nampak rumoh comel tapi sidai kain depe umoh, hehe nego gapo tuh..? Mon 30-Oct-2006 20:44
Posted by:umie jan rjwardi@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 1-Oct-2006 10:55 Email | Share | | Bookmark
Ketibaan Kohai Baru Batch Oktober 2006

barang sampai dulu
pokcik semak senarai nama
Chiba-san datang mengadap
View all 6 photos...
Hari ni kami di Green Heights menyambut ketibaan kohai baru datang seramai 5 keluarga ditempatkan di Green Heights dan 1 keluarga dan 2 bujang ditempatkan di Akimoto Building yang jaraknya hanya 50 meter dari Green Heights.

Quote:
Terima kasih daun keladi kepada Che Lee yang sudi menjadi Jurugambar dan menghadiahkan gambar-gambar ini untuk kenangan.


Loyot...dia orang ni dah cekap semuanya. Tak yah tunjuk-tunjuk. Ada hari kedua dah pergi ke Disney Sea, Shibuya dan Akihabara sendiri. Joshin pun dah sampai sendiri aje jalan. Tue 10-Oct-2006 23:25
Posted by:atoque
shahdu lagu ni..selamat hari raya.... Sat 14-Oct-2006 04:30
Posted by:dee  - [Link]
syabas tok ngulu.. aduh syahdu dengar lagu raya selepas terima email jemputan beraya di embassy.. apakan daya hendak tekan minyak kaki tak sampai.. Mon 16-Oct-2006 13:08
Posted by:ambo di Saijo  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Saturday, 30-Sep-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Sukan Sekolah Ogashiwa

rakan along yang malu-malu hendak bergambar
tetap meriah walaupun puasa
kalau dapat makan lagi bagus
View all 6 photos...
Tahun ni sukan sekolah Ogashiwa di adakan pada bulan puasa. Kerana itu tidak banyak aksi genting yang hendak dilakukan oleh pelajar-pelajar malaysia sebagaimana yang terjadi pada tahun lepas. Pelajar-pelajar Malaysia hanya mengambil bahagian dalam tarian sahaja. Namun begitu suasananya tetap meriah seperti tahun lepas kecuali makan sahajalah yang tidak mengizinkan.

Care to comment?


Friday, 29-Sep-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
Mama Membeli Belah di Nippori

beli banyak-banyak, nanti boleh raya sakan tahun ni
jauh juga jalan dari Nippori Station
makan sushi dulu, beli kat Family Mart
View all 6 photos...
Mama nak cari kain buat pakaian Angah semasa hari raya nanti. Jadi kami ke Nippori mencari bahan-bahan di kedai Tomato.

Quote:
Dari Ichikawaono ke Shim Matsudo dengan Musashino Line. Dari Shim Matsudo ke Matsudo dengan Joban Line. Tukar Platform di Matsudo, naik Joban Line juga ke Nippori/Ueno.

wahhh... tahun ni raya sakanlah angah sbb mama jahit sendiri baju raya, psst..berapa pasang tahun niiii Fri 6-Oct-2006 02:08
Posted by:M&R Ishigaki
Banyak borong kain ke?.....beli jgn tak beli buat kenangan gitu Fri 6-Oct-2006 12:25
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi shrddn@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 28-Sep-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
Wan Saiful, Norhaidi dan Mahil Berangkat ke Hiroshima

Kenangan bersama Yati
Kenangan bersama Gee
Kenangan bersama kaum Ibu
View all 6 photos...
Hari ini Wan Saiful, Mahil dan Norhaidi berangkat dengan kereta ke Hiroshima dan Kochi. Perjalanan pastinya penuh menbacar kerana berjalan pada bulan puasa. Segala kenangan manis masam pahit sepanjang kehidupan bersama di Green Heights akan kami kenang selamanya. Kemaafan jua dipohon sekiranya ada keterlanjuran kata dan perbuatan sekiranya ada semasa di Green Heights.



Alhamdulillah.. semuanya selamat dengan izin Allah dan persefahaman manusia, mesin dan alam perjalanan terasa dekat saja. Satu pengalaman yang menarik. Skrg dalam prose updating internet rumah baru dapat hari ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat di Green Height. Sesiapa yang ingin mencuba pengalaman yang berbeza jemputlah ke Lembah Saijo. .. jya mata. Fri 6-Oct-2006 12:08
Posted by:Tanpa Nama Semangat Membara  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Sep-2006 08:00 Email | Share | | Bookmark
Car Navigation System

Jenis Sanyo NV-360
benda ni ade kat 100 yen shop
antena diletak sebelah..selit celah getah pintu
View all 6 photos...
Sejak beli Portable Navigation ni dari Hard Off dengan harga 25,000 yen, kami rasankan pembelian ini amatlah berbaloi sekali memandangkan banyak tempat yang boleh dilawati dengan senang sekali. Memandangkan Portable Navi ni tahun 2005, jadi banyaklah tempat yang ada dalam Navi system ni. Perjalanan pun menjadi senang dan taklah kami tercari-cari macam tempat yang hendak dituju dan paling penting sekali tahu arah untuk balik semula ke rumah.

Cara pengendaliannya juga mudah, hanya tekan nombor telefon dan kemudian arahkan ke tempat yang hendak dituju, kemudian setkan. Itu sahaja. Kami dah cuba untuk perjalanan di dalam Bandaraya Tokyo dan berjaya walaupun dalam satu dua situasi, navi jadi diam sebab tak boleh baca kerana banyak bangunan tinggi dan terowong.


bile lah nak ade kat malaysia mende ginih... Wed 27-Sep-2006 15:47
Posted by:Otopan Otosan Otoranger agmnhob@gmail.com  - [Link]
atoque..macamana ramadhan di tokyo... Sun 1-Oct-2006 09:34
Posted by:putra
Semenjak Tuan Imam berhijrah ke Beppu (entah kenapa orang-orang solehan ni semua tertumpu ke Beppu sekarang), tak ada lah nak buat sembahyang terawih tiap-tiap minggu macam dulu. Hanya buat dirumah masing-masing bersama keluarga tercinta. Tue 10-Oct-2006 10:51
Posted by:atoque
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.